BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 29, 2009

MEMBANTU ORANG BUTA

Pada suatu hari,kira-kira pada pukul 7.00 pagi,bertempat di kawasan Brickfields,Kuala
Lumpur,aku dan dua orang rakanku ,Nurliza dan Liyana sedang mengayuh basikal menuju ke
sekolah.Tiba-tiba kami melihat seorang perempuan tua terjatuh ketika melintas jalan betul-betul
di hadapan kami....
Tanpa berlengah lagi,kami dengan segera menuju ke arah perempuan tua yang
terlentang di tengah jalan itu.Biasanya kawasan itu sibuk dengan kenderaan tetapi pada pagi
itu mujur tiada kenderaan yang lalu ketika itu.
Kami memapah perempuan tua itu ke tepi jalan.Kami bertanya kepada perempuan tua itu
tentang dirinya.Melihatkan keadaanya,rupa-rupa perempuan tua itu cacat penglihatan.
"Kasihan sungguh orang tua ini,"bisaik hati kecilku sendirian.
Perempuan tua itu meminta kami menghantarnya ke pejabat Persatuan Bagi Orang-orang
Buta Malaysia yang terletak berhampiran.Sebenarnya itulah tempat yang dituju sewaktu
terjatuh.Aku mengayuh basikal dengan cepat ke sekolah lalu meminta bantuan Cikgu Mat.
Beberapa minit kemudian,Cikgu Mat tiba di tempat kejadian lalu menghantar
perempuan buta itu ke pejabat Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia.
Kami meneruskan perjalanan ke sekolah.Kami menceritakan apa yang berlaku kepada
kawan-kawan kami.
Kami berasa bangga kerana dapat membantu orang dalam kesusahan.Pada malam itu,
aku menceritakan apa yang berlaku kepada keluargaku."Orang yang berbudi baik sentiasa
diberkati,"kata ayahku.







0 comments: